Ahlan wasahlan


Apa itu Nisa?
Kehidupan sebagai seorang remaja sememangnya penuh dengan dugaan dan memerlukan dahan untuk berpaut supaya tidak hanyut dibawa arus dunia.Dewasa ini,kemunculan pelbagai anasir negatif sangat membimbangkan.Lantaran itu,remaja muslimah terutamanya perlu dididik dan diterapkan dengan nilai-nilai keislaman dalam diri.Ianya perlu dipupuk sedari kecil dan proses ini perlu berterusan sehingga ke peringkat remaja.Nisa' telah ditubuhkan untuk menjadi platform membimbing anak remaja islam yang lebih berjaya di dunia dan di akhirat.Melalui platform Nisa' juga,remaja muslimah berpeluang untuk menimba pelbagai pengalaman berguna untuk panduan kehidupan serta dapat mendidik mereka menjadi insan muslimah yang sejati.Diharap usaha sebegini membuahkan hasil yang diinginikan dan diredhai Allah serta memberi impak besar dalam pembentukan remaja muslimah kini yang berwawasan tinggi.

Wednesday, May 27, 2009

program yang akan datang

Assalamualaikum dan salam ukhuwwah...kem manisnya iman akan diadakan pada 11 dan 12 JUN 2009 bertempat di Dahimah Guest's House...sasaran bagi peserta kem ini adalah remaja muslimah berumur di antara 10 hingga 15 tahun...

kalau nak tahu lebih lanjut,hubungi kak ti,013-9377070

Tuesday, May 26, 2009

Sukan Pasti Kawasan Dungun

Assalamualaikum dan salam ukhuwwah...baru-baru Nisa' Kawasan Dungun telah membantu bagi memeriahkan sukan Pasti Kawasan Dungun pada 23 MEI 2009 bertempat di perkarangan Masjid Sura...di kesempatan itu,pihak Nisa' Kawasan Dungun bercadang menyajikan gambar-gambar yang sempat dirakam ketika acara sukan pasti berlangsung untuk para pembaca blog ini sekalian bagi memeriahkan laman blog ini yang agak kosong dan tidak ceria sebagaimana blog-blog Nisa' yang lain...;)


Sunday, May 24, 2009

program yang akn datang

Assalamualaikum dan salam ukhwah...baru-baru ini nisa' kawasan dungun telah merangka 1 aktiviti untuk ahli-ahli lama dan ahli-ahli baru nisa' kawasan dungun..program ini dinamakan Program Mawaddah(Nisa' Members Meeting)...program ini akan diadakan pada 30 MEI 2009 bertempat di Dewan Perpustakaan Awam Dungun...tema bagi program ini adalah Kasih Dipupuk Ukhuwwah Bertaut...objektif program ini adalah untuk mengeratkan ukhwah antara ahli-ahli Nisa' Kawasan Dungun di samping memperkenalkan Nisa' kepada ahli-ahli baru...sasaran bagi program ini adalah ahli Nisa' Kawasan Dungun dan juga Remaja Muslimat berusia 13-40 tahun.

Untuk makluman lebih lanjut sila hubungi Kak Ti,Ketua Nisa' Kawasan Dungun 013-9377070

Saturday, May 23, 2009

nisa diperkenalkan

Assalamualaikum dan salam ukhwah buat para pembaca blog nisa dungun sekalian...saya wakil para nisa' dungun telah menubuhkan satu blog untuk merapatkan ukhuwwah yang terjalin diantara ahli-ahli nisa' dungun juga untuk menjadi rujukan oleh para ahli-ahli nisa' kawasan dungun dalam mengetahui setiap aktiviti yang akan dilakukan oleh para perwakilan dan gerak kerja nisa' kawasan dungun...