Ahlan wasahlan


Apa itu Nisa?
Kehidupan sebagai seorang remaja sememangnya penuh dengan dugaan dan memerlukan dahan untuk berpaut supaya tidak hanyut dibawa arus dunia.Dewasa ini,kemunculan pelbagai anasir negatif sangat membimbangkan.Lantaran itu,remaja muslimah terutamanya perlu dididik dan diterapkan dengan nilai-nilai keislaman dalam diri.Ianya perlu dipupuk sedari kecil dan proses ini perlu berterusan sehingga ke peringkat remaja.Nisa' telah ditubuhkan untuk menjadi platform membimbing anak remaja islam yang lebih berjaya di dunia dan di akhirat.Melalui platform Nisa' juga,remaja muslimah berpeluang untuk menimba pelbagai pengalaman berguna untuk panduan kehidupan serta dapat mendidik mereka menjadi insan muslimah yang sejati.Diharap usaha sebegini membuahkan hasil yang diinginikan dan diredhai Allah serta memberi impak besar dalam pembentukan remaja muslimah kini yang berwawasan tinggi.

Monday, July 27, 2009

HI-TEA Dun sura




























PRKN-Manek Urai

























Friday, July 24, 2009

Jihad seorang Wanita


Apabila disebut perkataan 'jihad', apakah yang terlintas di dalam fikiran kita? Serta-merta tergambar kesungguhan berkorban yang akan menimbulkan semangat berjuang hingga ke titisan darah yang terakhir! Semangat ini memang baik dan perlu dipupuk bertepatan dengan ketetapan Islam serta kehendak Allah SWT.

Hakikat Jihad

Definisi jihad menurut syara' ialah seorang muslim menyerahkan tenaganya untuk mempertahan dan menyebarkan Islam bagi mencapai keredaaan Allah. Dari sini nanti akan terbentuk sebuah masyarakat Islam dan seterusnya akan terbina negara Islam yang sihat. Jihad mesti berterusan hingga ke hari qiamat. Martabat jihad yang paling rendah ialah jihad di dalam hati dan yang paling tinggi ialah berperang di atas jalan Allah. Mengorbankan waktu, harta dan kepentingan diri sendiri demi kebaikan Islam serta ummatnya juga dikira sebagai jihad. Begitu juga dengan menyeru kearah kebaikan dan mencegah kemungkaran serta memperjelaskan hakikat keEsaaan Allah juga merupakan sebahagian daripada jihad.

Bagimanakah kedudukan wanita dalam jihad?

Jawapan kepada persoalan ini mesti benar-benar difahami supaya sumbangan kita dalam jihad akan menguntungkan Islam. Oleh itu, kita perlu menyingkap kembali lembaran sejarah Rasulullah SAW untuk mengambil iktibar tentang persoalan jihad bagi kaum wanita.

Diriwayatkan oleh Al-Bazzar dan Ath-Thabrani, pada suatu hari seorang wanita bernama Zainab yang bergelar Khatibatin-nisa' (wanita yang pintar berpidato) datang menemui Rasulullah SAW lalu berkata: "Aku telah diutus oleh kaum wanita kepada engkau. Jihad yang diwajibkan oleh Allah ke atas kaum lelaki itu, jika mereka luka parah, mereka mendapat pahala. Dan jika mereka gugur pula, mereka hidup disisi Tuhan mereka dengan mendapat rezeki. Manakala kami kaum wanita, sering membantu mereka. Maka apakah pula balasan kami untuk semua itu?"

Bersabda Rasulullah SAW:

"Sampaikanlah kepada sesiapa yang engkau temui daripada kaum wanita, bahawasanya taat kepada suami serta mengakui haknya adalah menyamai pahala orang yang berjihad pada jalan Allah, tetapi adalah sangat sedikit sekali daripada golongan kamu yang dapat melakukan demikian."

Pada ketika yang lain, Rasulullah SAW pernah ditanya: "Wahai Rasulullah, perempuan manakah yang baik?"

Baginda menjawab:
"Perempuan yang menggembirakan suaminya apabila sisuami memandangnya, mentaati suami apabila diperintah dan tidak menyalahi suaminya baik mengenai diri peribadinya, harta kekayaannya atau dengan apa yang dibenci oleh suaminya."

Pada dasarnya, kaum wanita disamakan dengan kaum lelaki dalam tanggungjawab agama sama ada mengenai aqidah, ibadah dan muamalah, kecuali tanggungjawab yang khusus yang sesuai dengan fitrah (nature) kaum wanita. Begitu juga dengan tanggungjawab jihad yang diwajibkan kepada kaum lelaki tidak diwajibkan kepada kaum wanita. Seandainya kaum wanita berupaya pergi bersama-sama kaum lelaki ke medan pertempuran, tidaklah ditolak oleh Islam. Bagaimanapun tugas ini hanya dianggap sebagai sumbangan tambahan.

Kita perlu jelas jihad yang paling utama dan dituntut kepada setiap wanita ialah taat kepada suami dan mengakui hak suami, manakala jihad di luar rumah adalah sumbangan tambahan bagi mereka yang berbuat demikian.

Bagaimanakah pendirian kita?

Kita mesti menyakini bahawa berjihad di barisan hadapan oleh kaum lelaki manakala jihad kaum wanita sebagai tulang belakang adalah ketetapan Allah SWT yang Maha Adil, semata-mata demi kemakmuran alam ini. Kita perlu memahami firman Allah yang bermaksud:

"Dan orang lelaki dan perempuan (yang beriman) sebahagian mereka (adalah) penolong bagi sebahagian yang lain. Mereka menyuruh (mengerjakan) yang ma'ruf dan mencegah yang mungkar." (At-Taubah : 71)

"Dan tidak sepatutnya bagi lelaki yang mukmin dan wanita yang mukmin, apabila Allah dan Rasul-Nya telah menentukan sesuatu ketetapan, akan ada bagi mereka pilihan (yang lain) tentang urusan mereka. Dan sesiapa yang mendurhakai Allah dan Rasul-Nya maka sesungguh-nya dia telah sesat dengan kesesatan yang nyata." (Al-Ahzab : 36)

Sekarang sudah tiba masanya untuk kaum wanita menanamkan azam dan mengumpulkan kekuatan bagi menumpukan diri melaksanakan sepenuhnya jihad sebagaimana yang telah ditetapkan oleh Allah dan Rasul-Nya.

Tingkat kekuatan yang utama ialah kekuatan iman. Iman yang kuat dapat mengekang hawa nafsu yang sentiasa mengganas serta melemahkan keazaman. Dengan ini, barulah jihad yang ingin kita laksanakan menjadi kenyataaan.

Firman Allah:

"Adapun yang rasa takut maqam Tuhannya, mencegah diri daripada menurut hawa nafsu syurgalah tempat kembalinya." (An-Nazi'at : 40-41)

"Apakah kamu mengira bahawa kamu akan dibiarkan (begitu saja) sedang Allah belum mengetahui (dalam kenyataan) orang yang berjihad di antara kamu dan tidak mengambil wali (teman rapat) yang setia selain Allah, Rasul-Nya dan orang yang beriman. Dan Allah Maha Mengetahui apa yang kamu kerjakan." (At-Taubah : 16)

Sudut-sudut jihad wanita

1.. Menjadikan rumahtangga tempat yang bahagia untuk keluarga berkumpul.

2.. Mewujudkan suasana Islam dalam proses pendidikan dan pembesaran anak-anak.

3.. Menyempurnakan segala urusan rumah tangga menurut syara' dengan penuh keikhlasan semoga akan beroleh keberkatan.

4.. Mengajak kaum wanita lain memahami prinsip-prinsip Islam dan cara hidup yang Allah tetapkan.

5.. Memerangi perkara-perkara bid'ah, khurafat serta pemikiran yang salah dan adab-adab yang buruk yang mengusai wanita masa kini.

6.. Menyertai rancangan kemasyarakatan yang berfaaedah untuk umat manusia amnya, seperti tadika, menjaga anak-anak yatim, kelab pemudi, sekolah-sekolah dan bantuan untuk keluarga miskin.

Sebagai kesimpulan, sekali lagi perlu dijelaskan dalam diri kita bahawa jihad yang utama bagi wanita adalah wajib bagi semua muslimah dalam batas kemampuan yang telah Allah kurniakan. Manakala jihad tambahan yang Allah anugerahkan bersama keistimewaan tertentu tidak boleh membatalkan jihad yang utama. Jihad utama mesti dilaksanakan dahulu.

Wednesday, July 22, 2009

Kem Manisnya Iman

Assalamualaikum, Kem Manisnya Iman dianjurkan oleh Muslimat Dun Sura dengan jayanya, Ajk Nisa' Kawasan memberi sumbangan yang bertalu-talu dalam menjayakan program ini dengan menjadi ajk pengisian, dijalankan di Dahimah Guest House dua hari semalam bermula 11 jun 2009 hingga 12 jun 2009. Peserta terlibat berumur antara 10 tahun-15 tahun. Seramai 80 yang menyertai kem ini.

Antara aktiviti yang dijalankan Puzzle, nisa' paka ambil peranan untuk uruskan slot tersebut, moga adik-adik menjadi kreatif pas main mainan akak-akak ni ye...Then, kotak beracun lagi..hehe..mmg acara tetap kem kot ni..ade LDK solat, mase ni nak betulkan cara adik-adik bersolat, semoga adik-adik praktikan ape yang akak-akak ajarkan ye, ingt...Nabi suh latih solat umur 7 tahun, umur 10 tahun dah patut kene rotan tau kalo x solat....sebab solat tiang agama..

Ade night walk...yang ni acara yang selalu adik-adik bimbang, tapi paling best kan kalo join kem...esok pagi, k.long gandle senam aerobaik..hehe..senam-senam jugak, jangan tergeliat udah ler yer...

Semoga kem ini dapat memberikan manfaat yang besar kepada peserta dan memberi pengajaran pada ajk jugak tau...akhir kalam...teruslah mentarbiah dengan tarbiyah ISLAM!
























Tuesday, July 21, 2009

Program Mawaddah

Assalamualaikum wbt, setelah sekian lama blog Nisa' Dungun menjadi rumah usang, akhirnya ia akan kembali meriah selepas ini, InsyaAllah...sebarang komentar amat dialukan selaku pengupdate blog baru :-)

Program yang baru sahaja dijalankan iaitu Program Mawaddah yang diadakan pada 30 Mei 2009, Kak yana kiut sebagai pengarah memang melaksanakan tanggungjawab dan amanah yang diberi dengan sebaiknya, al-maklumla program terakhir but not least sebelum berangkat jauh, Dewan Perputakaan Awam Dungun dijadikan tempat program, bermula jam 8am-1pm.

Alhamdulillah, perjalanan program lancar sekali dengan kehadiran peserta seramai 80 orang, pelbagai aktiviti menarik dijalankan seperti Buaya Darat, ni bukan sebarang buaya, tak merbahaya malah mendatangkan kebaikan lagi sebab dengan permainan ini, matlamat utamanya adalah untuk memupuk ukhwah di kalangan rakan-rakan nisa'. selain Buaya Darat, Kotak Beracun tak pernah dilupakan untuk mengisi program kali ni, walopun nama kotak beracun, macam same seperti selalu, tapi yang ini insyaAllah lebih menarik.

Nisa' Dungun tak lepas dari aktiviti menyanyi, lagu Matahari menjadi pilihan kali ni dipimpin oleh kak long...insyaAllah pasni boleh bukak group nasyid marhaban...Dengan kehadiran ajk yang cukup happy go lucky, program jadi cukup meriah, along, kak ayu, kak mida, fadhilah, k.ina, k.hayah dan semua la, yang menjayakan program yang bermakna buat members nisa' dungun.
Gambar di bawah membuktikan bahawa program yang cukup meriah ini akan menjadi lipatan sejarah bagi peserta program yang pertama kali menyertai program Nisa' dan diharapkan sambutan akan diberikan lebih hebat untuk program akan datang. Akhir kata, majulah aktiviti muslimah demi ISLAM...



Banner program yang direka khas oleh pereka hebat