Ahlan wasahlan


Apa itu Nisa?
Kehidupan sebagai seorang remaja sememangnya penuh dengan dugaan dan memerlukan dahan untuk berpaut supaya tidak hanyut dibawa arus dunia.Dewasa ini,kemunculan pelbagai anasir negatif sangat membimbangkan.Lantaran itu,remaja muslimah terutamanya perlu dididik dan diterapkan dengan nilai-nilai keislaman dalam diri.Ianya perlu dipupuk sedari kecil dan proses ini perlu berterusan sehingga ke peringkat remaja.Nisa' telah ditubuhkan untuk menjadi platform membimbing anak remaja islam yang lebih berjaya di dunia dan di akhirat.Melalui platform Nisa' juga,remaja muslimah berpeluang untuk menimba pelbagai pengalaman berguna untuk panduan kehidupan serta dapat mendidik mereka menjadi insan muslimah yang sejati.Diharap usaha sebegini membuahkan hasil yang diinginikan dan diredhai Allah serta memberi impak besar dalam pembentukan remaja muslimah kini yang berwawasan tinggi.

Tuesday, December 28, 2010

kem remaja nisa' 2010

salam perjuangan..

Alhamdulillah,program Kem Remaja Nisa' Kawasan Dungun 2010 telah berjaya dilaksanakan dengan lancar,prgram yang diadakan selama 2 hari 1 malam di homestay Rumah Ros pada 24&25 Disember 2010 pada jumaat&sabtu.

Seramai 71 orang pesert dan seramai lebih kurang 11 oranga fesilitator telah memberikan komitmen sepenuh hati menyebabkan program dapat berjalan dengan baik.Program diisi den
gan beberapa slot kuliah 1)akidah perjuangan islam 2)dakwah remaja 3) Jemaah islam satu tuntutan,kemudian beberapa siri LDK, Kuliah wanita solehah,kuliah fiqh wanita dan solat jama' dan qasar,program diserikan dengan riadah yang cukup menceriakan dan slot kesenian islam yang mana peserta perlu mempersembahkan beberapa kategori persembahan 1)dikir barat 2)lakonan 3)pantomin 4) Nasyid dan akhirnya perjumpaan dengan ketua-ketua nisa' dun.

harapan Nisa' Dungun agar adik-adik terus bersama kami untuk menggalas amanah islam bagi meneruskan kerja dakwah dan membawa perubahan kepada masyarakat agar cita-cita islam didaulatkan dapat dicapai,sesungguh remaja tonggak negara dan pembela agama.





Tuesday, December 21, 2010

Himpunan Remaja Kawasan Dungun

assalamualaikum,salam ukhwah buat sahabat-sahabat nisa'...

Himpunan remaja nisa kawasan Dungun telah diadakan pada 21 November 2010,bertempat di D'Teratai Beach Resort bermula jam 8am-2pm, majlid dirasmikan oleh YB ustaz Hj Wan Hassan Bin Wan Ramli,kemudian di isi dengan kuliah yang bertajuk politik islam dan selepas itu diberi pula pengisian serikandi solehah,semoga dengan pengisian-pengisian ini,dapat memberi kefahaman kepada remaja muslimat tentang politik dan gerak kerja serta peranan yang perlu dimainkan oleh muslimat untuk membantu memperjuangkan islam di atas muka bumi ini..tahniah kepada para peserta serta semoga peserta istiqamah dengan program2 yang akan dianjurkan masa akan datang..salam perjuangan dan salam mujahadah










Wednesday, September 29, 2010

hari keluarga dun sura 2010






Assalamualaikum, selamat hari raya aidilfitri diucapkan kepada seluruh umat islam, dalam kemeriahan menyambut hari raya, perjuangan islam diteruskan lagi untuk bersama-sama masyarakat iaitu warga nisa' turut serta bersama hari keluarga dun sura.
DUNGUN 29 September, Rabu -
Program anjuran PAS terus mendapat sambutan daripada masyarakat setempat, terbaru di DUN Sura, di sini, baru-baru ini, Hari Keluarga DUN Sura 2010 dikunjungi pelbagai peringkat usia.(
http://dunsura.blogspot.com/2010/09/hari-keluarga-dun-sura-2010-meriah.html)
Semoga sedikit sumbangan tenaga dari warga nisa' membantu kepada kelancaran program dan masyarakat lebih kenal akan peranan nisa' kepada masyarakat

Saturday, September 4, 2010

edar risalah,iftar,qiamullail,smallkindness

Assalamualaikum...salam ramadhan mubarak...bersyukur kepada Allah kerana terus menetapkan kami dalam juangMU...
XPDC dakwah bersama penerangan kawasan dapat dijalankan pada 2hb9,2010, dua dun yang bergerak iaitu rantau abang dan dun sura, nisa' hanya dapat bergerak di dun sura, dijalankan di bazar ramadhan dun sura, berbekalkan dua risalah anak luar nikah dan risalah aurat...kami memohon maaf kepada penerima yang agak sukar menerima setelah memperoleh risalah tersebut, semoga menjadi sentuhan pada jiwa-jiwa anak muda yang bergelar wanita dan tidak terkecuali kepada pemuda-pemuda..program bermula pada jam 5.30 dan berakhir pada 6.30pm,iAllah program seperti ini akan diteruskan masa2 akan datang. Dun paka akan mengadakan program tersebut pada hari sabtu.
Setelah mengedar risalah, pihak nisa' ke program seterusnya, iftar bersama ajk kawasan,iftar yang cukup menarik diserikan oleh serikandi2 kecil yang aktif-aktif, selepas iftar dengan makanan ringan, bersolat maghrib berjemaah, dan makan makanan berat, seterusnya solat terawih berjemaah dan seusai itu, liqa' pengisian bersama mantan ketua nisa' kawasan, mutiara kata cukup bermakna yang menjadi bekal kepada petugas muda, moga pengajaran dapat diambil olehnya.
esoknya, dengan baki ajk yang ada, kami meneruskan XPDC mencari keredhaan Allah dengan berqiam bersama dan bersahur,alhamduillah program ringkas yang cukup menyatukan kami kelurga nisa' dungun,prgrm selesai jam 7.30am...
Pada petang jumaat,3hb9,2010 wakil nisa' turun ke surau kubur untuk bersama program pemberian sumbangan oleh YB Ustaz Wan Hassan, mampu mengambil pengajaran terhadap masyarakat yang masih ramai memerlukan bantuan,sumbangan diberikan kepada anak yatim, anak-anak syndrom down dan ibu-ibu kepada anak-anak tersebut, hampir 199org penerima hadir dalam majlis tersebut, iAllah nisa' akan mencari inisiatif untuk menghidupkan smaalkindness ini pada masa akan datang dan turun ke padang bertemu dengan mereka-mereka yang memerlukan...salam ramadhan dan menyambut aidil fitri..daripada semua warga nisa' kawasan dungun buat seluruh umat islam..

Saturday, August 21, 2010

Adab Berpuasa Dan Solat Terawih



Oleh NAZMI AIDARUS 

Setiap orang yang mengerjakan puasa perlu mematuhi beberapa peraturan dan adab yang boleh menyempurnakan ibadah tersebut. Antara yang terpenting adalah:

1. Menjaga lidah daripada berdusta, mengumpat dan mencampuri urusan orang lain yang tiada kena-mengena dengannya;

2. Memelihara mata dan telinga daripada melihat dan mendengar perkara yang dilarang oleh syarak dan yang sia-sia;

3. Mengawal perut daripada merasai makanan dan minuman yang haram atau yang mengandungi unsur syubhat terutama ketika berbuka dan berusaha sedaya mungkin untuk menghasilkan pemakanan yang halal lagi bersih.

Ulama silam pernah berpesan: "Apabila kamu berpuasa maka perhatikanlah apa yang akan dijadikan makanan berbukamu dan di manakah kamu akan berbuka?" Ia adalah panduan yang terbaik bagi mengawasi diri daripada terjebak dengan unsur-unsur makanan yang tidak halal;

4. Berusaha menjaga kesemua pancaindera dan anggota tubuh badan daripada mendekati atau melakukan maksiat dan perkara yang sia-sia. Dengan demikian ibadah puasanya akan suci dan sempurna. Terdapat ramai yang memenatkan diri dengan berlapar dan berdahaga, membiarkan diri terdorong kepada perlakuan dosa dan noda, kerana itu puasanya rosak binasa dan keletihannya tidaklah berbaloi sebagaimana maksud sabda Rasulullah s.a.w.: Ramai yang berpuasa tidak mendapat ganjaran daripada puasanya melainkan lapar dan dahaga. (Riwayat an-Nasaei)

Meninggalkan maksiat menjadi kewajipan kepada seluruh orang Islam sama ada mereka sedang berpuasa atau tidak. Apatah lagi bagi yang berpuasa, ia lebih dituntut dan diwajibkan. Sabda Rasulullah, Puasa itu adalah 'perisai', sekiranya seseorang daripada kalangan kamu sedang berpuasa janganlah dia bercakap kotor, melakukan keburukan dan berbuat bodoh. Jika ada orang lain yang mengejinya atau cuba memeranginya maka hendaklah dia katakan kepada orang itu: "Saya sedang berpuasa." (Riwayat Bukhari dan Muslim);

5. Jangan membanyakkan tidur pada siang harinya dan makan pada malamnya, bahkan bersederhanalah pada kedua-duanya bagi menyelami kejerihan lapar dan dahaga. Dengan demikian sanubarinya terkawal, keinginan nafsunya kurang dan hatinya ceria. Itulah rahsia dan intipati puasa yang perlu dicapai;

6. Jauhkan diri daripada mengikut dorongan nafsu ketika berbuka dengan beraneka jenis makanan yang lazat-lazat. Sebaik-baiknya adat makannya sama sahaja pada bulan puasa dan bulan-bulan yang lain. Penggemblengan diri dalam mengurangkan tuntutan jasmani dan keinginan perasaan memberikan kesan yang positif terhadap kecerahan hati nurani yang amat dituntut terutama pada bulan Ramadan.

Mereka yang menjadikan keinginan nafsu perut sebagai tunggangan akal ketika berbuka yang menyalahi kebiasaan pada bulan-bulan lain sebenarnya terpedaya dengan pujukan iblis. Rayuannya bertujuan menghilangkan barakah (berkat) ibadah puasa mereka, nikmat limpahan ketenangan daripada Allah s.w.t., kekhusyukan diri ketika bermunajat dan berzikir kepada-Nya.

Kenyang

Sepatutnya orang yang berpuasa mengurangkan kadar pemakanannya sehingga terserlah kesan puasa itu kepada dirinya. Kekenyangan adalah punca kelalaian, kealpaan, keras hati dan malas untuk taat kepada Allah s.w.t..

Sabdanya: Takungan jelek yang dipenuhkan oleh manusia adalah kantong perutnya, memadailah baginya beberapa suapan yang dapat meneguhkan tulang belakangnya. Jika dia enggan maka berikanlah sepertiga (bahagian perutnya) untuk makanan, sepertiga kedua untuk minuman dan sepertiga terakhir bagi pernafasannya. (Riwayat Ahmad dan at-Tarmizi)

Terdapat ulama yang mengungkapkan kata-kata berikut: "Sekiranya perutmu kenyang anggota-anggota lain akan lapar (akan menurut turutan nafsu) tetapi sekiranya perutmu lapar kesemua anggotamu akan kenyang."

As-Salaf as-Soleh (mereka yang terdahulu) mengurangkan perkara kebiasaan dan dorongan diri serta memperbanyakkan amal ibadat pada bulan Ramadan secara khusus bahkan itulah adat mereka sepanjang masa;

7. Tidak menyibukkan diri dengan urusan duniawi pada bulan Ramadan, bahkan mengambil kesempatan bagi beribadat kepada Allah dan mengingati-Nya sebaik mungkin. Justeru, dia tidak melakukan perkara duniawi melainkan sekadar keperluan hariannya atau kepada mereka yang berada di bawah tanggungannya. Demikian yang selayaknya dilakukan pada bulan Ramadhan yang mulia ini sama seperti pada hari Jumaat yang sepatutnya dikhususkan bagi amalan akhirat;

8. Mempraktikkan amalan sunah seperti segera berbuka apabila masuk waktunya, berbuka dengan buah tamar (kurma) dan jika ia tiada memadailah dengan segelas air serta melambatkan makan sahur.

Nabi s.a.w. berbuka dahulu sebelum Baginda mengerjakan solat Maghrib. Sabda baginda: Umatku sentiasa berada dalam keadaan baik (berkat) selama mana mereka mempercepatkan berbuka (apabila masuk waktunya) dan melambatkan makan sahur. (Riwayat Bukhari dan Muslim);

9. Menyediakan makanan berbuka kepada orang yang berpuasa sekalipun dengan beberapa biji tamar atau segelas air. Sabda baginda s.a.w.: Sesiapa yang menyediakan makanan berbuka bagi orang yang berpuasa baginya ganjaran seumpama pahala orang yang berpuasa tanpa mengurangi sedikitpun pahalanya (orang yang berpuasa). (Riwayat al-Baihaqi dan Ibnu Khuzaimah)

10. Memenuhi malamnya dengan amalan sunat seperti solat terawih, witir dan sebagainya.

Adalah dinasihatkan kepada para imam supaya tidak mempercepatkan solat terawihnya seperti mana amalan kebiasaan di masjid dan surau.

Perbuatan tersebut menjejaskan mutu ibadat solat tersebut kerana meninggalkan 'wajib-wajib' solat seperti meninggalkan tomakninah semasa rukuk dan sujud, mencacatkan bacaan al-Fatihah sebagaimana sepatutnya lantaran ingin kecepatan dalam mengejar waktu sehingga menyebabkan makmum di belakang tertinggal rukun-rukun penting dalam solatnya. Amalan terawih seperti itu adalah tidak sempurna dan berkurangan pahalanya.

Oleh itu berwaspadalah terhadap cara demikian dengan kembali mengamalkan ibadah solat seperti waktu-waktu lain, menyempurnakan kiam, bacaan al-Fatihah, rukuk, sujud, khusyuk, hadir hati dan semua peradaban solat dan rukunnya.

Bagi makmum pula disyorkan supaya sentiasa bersama imamnya sepanjang solat terawih itu sehinggalah selesai sama ada 20 rakaat ataupun lapan rakaat. Sabda Rasulullah s.a.w., Apabila seseorang menunaikan solat bersama imamnya sehinggalah imam itu (selesai dan) beredar, dikirakan untuknya (makmum) pahala kiam semalaman. (Riwayat an-Nasaei)

Friday, July 16, 2010

Team building Nisa' Kawasan


Assalamualaikum, Nisa' Kawasan Dungun telah mengadakan Brainstorming untuk memperkasakan lagi gerak kerja Nisa' Kawasan Dungun dan dijalankan di dewan Darul Bayan pada 10 Julai 2010.
Terima kasih kepada sahabiah-sahabiah dari setiap dun yang sudi hadir mengorbankan masa untuk turun bersama-sama menggabungkan idea demi me
ncapai wehdatul fikr dan wehdatul amal menjelang Tugas besar yang akan menjelma.
Modul Taaruf Kotak beracun, Kembang Kuncup menyerikan suasana program di samping pengisian yang diberikan oleh U.Ja dan U.Saiful yang sangat membangkitkan semangat supaya terus berjuang.
Selepas slot pengisian dan modul, barulah diadakan perbincangan tentang pen
yelarasan tugas setiap unit dan perbincangan tentang tugas2 yang perlu diselesaikan bagi menjamin kelansungan gerak kerja Nisa' Kawasan Dungun terus diperkasakandan diperkemaskan, majlis diakhiri dengan bacaan doa rabithah dan selesai pada jam 5pm.semoga dengan perbincangan ini, kita akan lebih bersemangat untuk bertugas insyaAllah...salam jihad..salah juang...





Monday, July 12, 2010

perjumpaan nisa' dun rantau abang



Assalamualaikum dan salam mujahadah...nisa' telah cuba mengorak langkah dengan membina jaringan nisa' di setiap dun untuk sesi 2010/2011...dun rantau abang mengadakan perjumpaan kali pertama di balai pak sabah, selain perlantikan ajk baru, turut di adakan sesi ucapan daripada mantan-mantan nisa' antaranya kak Ti selaku mantan ketua nisa' kawasan Dungun.

Program dipengerusikan oleh mak cik Serena diadakan pd pukul 9am,3hb72010...semoga usaha ini menjadi titik tolak untuk membina rangkaian-rngkaian nisa' di peringkat cawangan,iAllah...

Saturday, July 3, 2010

pertandingan kelim baju dan gubahan bunga

assalamualikum....sempena ops al falah dun sura, cawangan anah lot, nisa' dungun telah menganjurkan pertandingan gubahan bunga dan kelim tangan...

Pelbagai kelim baju yang di lakukan oleh peserta, sangat mahir, begitu juga dengan gubahan bunga yang sangat menarik, tahniah kepada peserta yang menang dan teruskan usaha kepada yang belum dapat kemenangan, cuba lagi untuk program akan datang..moga terus bersama nisa'

Tuesday, June 29, 2010

Pertandingan gubahan pengantin dan ceramah motivasi

Assalamualaikum..salam
ukhwah fillah dr nisa' dungun...sempe
na ops al falah yang telah di jalankan di dun sura pd 25-27/3/2010, satu program anjuran nisa' kawasan dungun diadakan:

Pertandingan gubahan pengantin dan ceramah motivasi
Masa:8am-2pm
Tarikh/hari:27/3/2010-Sabtu
Tempat:Dewan Pustaka Awam
Gubahan:1)kain sembahyang,2)kain pasang,3)sejadah,4)kek,5)tuala,6)sireh,7)kain pelikat

Alhamdulilah perjalanan program lancar sekali..semoga program-program seperti ini dapat di anjurkan lagi dan dimeriahkan bersama kaum hawa yang bergelar nisa'






Sunday, June 6, 2010

Tuesday, May 11, 2010

Suara Nisa' Negeri Terengganu






assalamualaikum...alhamdulillah,1 Mei yang lalu, Nisa' Negeri Terengganu telah berjaya menganjurkan Pertandingan Suara Nisa' Peringkat Negeri Terengganu, bertempat di Dewan Wawasan, Wisma Peladang, Kuala Terengganu.

Alhamdulillah peseta dari kawasan dungun telah berjaya menaikkan nama Nisa' dungun dengan membolot juara bagi kategori solo dan berkumpulan..Nisa' kawasan Dungun mengucapkan sekalung tahniah buat antunna..

walaupon x berlatih, tp alhamdulillah..antunna diberi kejayaan..smg berjaya untuk Pertandingan Aura Ungu pada 21 dan 22 Mei 2010 di Kompleks Budaya dan Kesenian, Shah Alam pula..

Keputusan pertandingan kategori berkumpulan;
1) Kumpulan Al-Wahida
2) Kumpulan As-Syuhada
3) Kumpulan Nurul Iman

Keputusan pertandingan kategori solo;
1) Fadilah Ramly (Dungun)
2) Ummu aiman suhaimi (Kuala Terengganu)
3) Nabilah Mohamad (Walk-In)

Tuesday, March 16, 2010

Untuk Pejuang Muslimah Dan Isteri Para Pejuang


Kutuliskan puisi ini untuk para aktifis Islam di manapun berada.
Jangan pernah meninggalkan perjuangan di jalan Allah.
Betapa seluruh hajat hidup seharusnya bertumpu pada kepentingan perjuangan di jalan Allah termasuk menikah, berkeluarga, bersuami isteri.
Inilah tren pernikahan yang seharusnya kita pertahankan. Wallahu a’lam

Buat manusia istimewa dalam hidup ini… dan juga isteri-isteri pejuang… serta bakal isteri seorang pejuang

Isteriku….
Apabila kusentuh telapak tanganmu…
Saat kuusap dan kurasakan guratannya,
Kudapatkan parutan kasar dan semakin kasar….
Dan ketika kupandangi wajahmu….
Terpancar sinar bahagia dan ketenangan walaupun kutahu…
Redup matamu menyimpan satu rintihan yang memberat….
Ketika kutersentak dari pembaringan di kala fajar kadzib menyingsing…
Aku terpana dengan munajatmu yang syahdu.

Isteriku…
Tatkala teman-temanmu tengah bersantai, happy fun….
Di keramaian dunia ciptaan mereka…
Engkau bahagia mengorbankan seluruh detik-detikmu….
Hanya untuk Islam dan keagungan muslimin…
Tatkala lengan-lengan mereka dibaluti…
Pelbagai hiasan yang indah…
Leher-leher mereka memberat dilingkari dengan kilauan emas berlian…
Pakaian-pakaian anggun bak puteri kayangan…
Wajah mereka dibaluri pelbagai warna dan jenama…
Kau umpama ladang ummah…
Kau menginfaqkan seluruh jiwa dan raga demi kebangkitan Islam…
Kau tak pernah bersungut-sungut, mengeluh, meminta-minta maupun
mengadu domba…
Tatkala mereka berlomba-lomba mengejar pangkat dan nama…
Kau sibuk menjulang nama dengan pengaduanmu di sisi yang Esa…

Isteriku….
Bukan aku tidak mampu membelikan benda dan hiasan-hiasan tersebut… Tetapi isteriku…
Aku masih ingat tatkala aku menyuntingmu untuk kujadikan isteri dan penghuni kamar hatiku….
Kau melafazkan satu tuntutan, “Saya siap mendampingi perjuangan ini bersama akhi tetapi dengan syarat…” Sambil tersenyum kau menghela nafas dalam-dalam….Aku termangu sendirian… Syarat apakah itu? Bungalow kah? Hamparan tanah berhektar-hektar kah? Mobil mewahkah? Intan berliankah? Pakaian sutera yang high class? Perabot mahal dari Itali kah?… Atau honeymoon di Paris ?..
Lama kau mengumpulkan kekuatan untuk sekedar berkata…

Akhirnya…
Arghhh… Permintaanmu itu…
Pasti ditertawakan oleh kerabat dan teman-teman kita…
Aku tergugu, haru dan bangga…
Dengan penuh keyakinan kau berkata..
“Akhi , Mampukah akhi menjadikan saya sebagai isteri yang
kedua ?….
Mampukah akhi menjadikan Islam sebagai isteri pertama yang lebih memerlukan perhatian?…
Mampukah akhi meletakkan kepentingan Islam melebihi segala-galanya termasuk urusan-urusan dunia?…
Mampukah akhi menjual diri semata-mata karena Islam?..
Mampukah akhi berkorban meninggalkan kelezatan dunia?…
Mampukah akhi menjadikan Islam laksana bara api….
Akhi perlu menggenggamnya agar bara itu terus menyala…

Mampukah akhi menjadi lilin yang rela membakar diri untuk Islam.. Bukannya seperti lampu pijar yang bisa di’on’kan bila perlu dan di’off’kan bila tidak….
Mampukah akhi mendengar hinaan yang bakal dilontarkan kepada anda karena perjuangan anda….
Dan…mampukah akhi menjadikan saya isteri seorang pejuang yang tidak dimanja dengan fatamorgana dunia?…

Aduh! Banyaknya syarat-syarat itu isteriku…
Namun aku menerima syarat-syarat tersebut karena aku tahu..
Jiwamu kosong dari syurga dunia…
Karena aku tahu kau mampu mengubah dunia ini dengan iman dan akhlakmu..
Bukannya kau yang diubah oleh dunia…

Isteriku..
Akhirnya jadilah engkau penolong setiaku sebagai nakhoda mengemudi bahtera kehidupan kita…
Susah senang kita tempuh bersama…
Aku terharu dengan segala kebaikanmu…
Kau jaga akhlakmu…
Kau pelihara maruahmu selaku muslimah…
Kau tak pernah mengeluh apabila sering ditinggalkan demi tugasku menegakkan Islam ke persada agung….
Kau jua sanggup mengekang mata menungguku sambil memberikan aku suatu senyuman terindah di ambang pintu tatkala aku pulang lewat malam…. Malah kau seringkali meniupkan semangat untuk aku terus tsabat di pentas perjuangan ini….
Kau tabur bunga-bunga jihad walaupun kita masih jauh dengan keharuman kemenangan…

Isteriku..
Tangkasnya engkau selaku isteri…
Biarpun kau jua sibuk bersama mengorbankan tenaga dalam perjuanganku ini..
Kau jaga relasi kita dengan indahnya…
Kau siraminya dengan wangian cinta dan kasih sayang….
Kau tak pernah menjadikan kesibukanmu itu untuk kau lari dari amanahmu meskipun jadualmu padat dengan agenda-agenda bersama masyarakat dan kaum sejenismu….
Cekatnya engkau mendidik anak-anak…
Kau kenalkan mereka dengan Allah, Rasul saw, para sahabat yang mulia serta para
pejuang Islam…
Kau titipkan semangat mereka sebagai generasi pelapis jundullah…
Kau asuh mereka hidup dengan Al Quran…
Malah kau temani mereka mengulangkaji pelajaran dikala menjelang imtihan…

Isteriku…
Barangkali inilah pelajaran dari ustadzah Zainab Al Ghazali…
Tangan yang mengayun buaian dapat mengguncang dunia…
Kau beri didikan dua generasi sekaligus, generasi kini dan generasi kan datang

Suaminmu dan anak-anakmu dengan MAHABBAH
Andai ibunda Khadijah Al Kubra masih ada..
Pasti beliau tersenyum bangga karena masih ada srikandi Islam…
SEPERTIMU….WAHAI ISTERIKU..

Oleh : Abi

Sumber : Liqo Tarbiyah on Line

Friday, February 26, 2010

Sunday, February 14, 2010

Kem Perkaderan Remaja Islam 2-1-


Assalamualaikum...alhamdulillah..kem perkaderan remaja islam zon A telah selamat dijalankan, dengan kehadiran peserta dari kawasan Kuala Terengganu,Marang,Dungun,Kemaman, akhirnya sejumlah peserta seramai 146 orang terdiri daripada remaja berumur 17-22tahun dapat dikumpulkan dan bersedia menerima tarbiah...
Segala pengisian daripada abang2 dan kakak2 fesi daripada skuad waja,pemuda,dan nisa', diharapkan adik-adik mendapat pengalaman dan ilmu berguna untuk menjadi panduan hidup seterusnya dalam meletakkan diri di dalam saf perjuangan.
Urusetia dan pembantu2 kerja2 islam ini bertungkus lumus menjayakan program 3 hari 2 malan yang bertempat di sek ren islam darul bayan telah membuahkan satu program yang terbaik, semoga dengan program ini apat mengumpulkan anak2 remaja yang terdiri daripada anak2 daripada jemaah PAS untuk menjadikan mereka sebagai pewaris dan pelapis serta penerus kepada perjuangan islam untuk masa akan2 datang..gambar2 program, tunggu yer untuk dikongsi bersama..salam perjuangan daripada team nisa' dungun..wassalam

Thursday, January 14, 2010

Sukaneka nisa', sempena Ops Kebal

Assalamualaikum..sekali lagi Nisa' Paka mengorak langkah bagi meneruskan kerja Islam dengan mengadakan Sukaneka Nisa' sempena Ops Kebal yang di adakan pada 9 Januari 2010, bermula dijam 9pg -12 tgh hari. Antara aktiviti yang diadakan ialah
1. mini explore race
2. jumbo sales
3. IPT exposure exhibition

yg mini explore race, ada 4 check point dan halangan yang menguji fizikal dan mental berkaitan sukan (baling gelung dlm rotan), teka-teki, kuiz, busana muslimah, jahit manik dan lain-lain, suasana meriah sukaneka nisa' meriah sbb diadakan bersama2 sukan rakyat melibatkan aktiviti untuk lelaki dan perempuan, remaja dan kanak2, juga bersama aktvt pemuda yang dimeriahkan dgn acara kemuncak konvoi motosikal berkuasa besar.

Semoga dengan program-program seperti ini, dpt mengeratkan lagi hubungan antara masyarakat dengan Nisa' insyaAllah dan tujuan utama iaitu membawa kepada misi dakwah, insyaAllah

Tuesday, January 5, 2010

Jadikan Taubat Sebagai Satu Amalan

Kenangkan dosa hari ini, dosa semalam dan hari-hari yang telah berlalu kita lakukan. Alangkah banyaknya…sehingga tidak terhitung. Namun demikian Allah al-Rahman tidak pernah menarik balik nikmat penglihatan, pendengaran dan percakapan yang telah melakukan dosa. Malah Allah al-Rahim sentiasa menutup keaiban dan kekurangan diri kita daripada diketahui oleh orang lain.Setiap insan tidak dapat lari daripada melakukan dosa dalam menjalani kehidupan seharian. Amat banyak pendurhakaan kepada Allah yang telah kita lakukan sejak baligh hingga ke saat ini. Inilah kelemahan insan yang tidak dapat dinafikan. Firman Allah SWT yang bermaksud :“Manusia itu diciptakan dalam keadaan lemah.” (Surah al-Nisa’:ayat 28)Sabda Rasulullah saw yang bermaksud :“Setiap anak adam sering melakukan kesalahan dan sebaik-baik yang melakukan kesalahan ialah mereka yang sentiasa bertaubat”. ( Ibn Majah )Sesiapa yang mengatakan bahawa dia tidak mempunyai dosa sebenarnya dia telah melakukan dosa dengan ucapan sedemikian. Firman Allah SWT yang bermaksud :“Maka janganlah kamu menganggap diri kamu suci. Dan dialah yang Maha Mengetahui siapa yang bertakwa”. ( Surah al-Najm : 32 ) Agama kita memperuntukkan satu amal soleh yang boleh menghapuskan segala dosa yang dilakukan iaitu taubat sebagai mengimbangi kelemahan manusia ini. Allah SWT yang bersifat dengan sifat al-Tawwab ( Maha Penerima Taubat) dan al-Ghafur ( Maha Pengampun) tidak akan membiarkan kelemahan hambanya ini dengan begitu sahaja. Dalam al-Quran bayak dijelaskan keutamaan, dorongan dan perintah agar kita sentiasa bertaubat.Maksud firman Allah SWT :“Dan bertaubatlah kamu semua wahai orang-orang yang beriman supaya kamu memperolehi keuntungan.” (Surah al-Nur: 31) Maksud Firman Allah SWT :Dan bersegeralah menuju kepada keampunan dari Tuhan kamu dan kepada syurga yang seluas langit dan bumi, disediakan untuk orang-orang yang bertakwa. ( Surah Ali Imran :133)Allah SWT juga berfirman:"Dan dirikanlah shalat itu pada kedua tepi siang (pagi dan petang) dan pada bahagian permulaan daripada malam. Sesungguhnya amalan-amalan yang baik itu menghapuskan (dosa) perbuatan-perbuatan yang buruk. Itulah peringatan bagi orang-orang yang ingat." ( Surah Hud: 114). Hadis-hadis Nabi saw juga banyak yang menyebut tentang kelebihan dan tuntutan taubat, antaranya ialah ;Dari Nabi saw bersabda bahawa Allah berfirman ( hadis qudsi ) :"Wahai hamba-hambaKu, sesungguhnya kamu melakukan kesalahan siang dan malam dan Aku mengampuni semua dosa, oleh itu pohonlah keampunan kepadaKu, nescaya Aku mengampuni kamu." (Imam Muslim). Sabda Nabi saw :“Sesungguhnya Allah SWT sangat gembira dengan taubat hambaNya melebihi kegembiraan salah seorang di antara kamu yang kehilangan untanya di padang pasir kemudian menemukannya kembali”. ( Imam Muslim) Dalam sabdanya yang lain, Rasulullah mengatakan:“Sesungguhnya Allah membentangkan tanganNya pada malam hari untuk menerima taubat orang yang berbuat kejahatan pada siang hari, dan Allah membentangkan tangan-Nya pada siang hari untuk menerima taubat orang yang berbuat kejahatan pada malam hari, sampai matahari terbit dari barat.” (Imam Muslim )Rasulullah saw yang terpelihara daripada dosa dan diutuskan agar menjadi contoh kepada sekalian manusia juga memohon keampunan kepada Allah sebanyak seratus kali dalam sehari sebagai mana hadis yang diriwayatkan oleh Imam Muslim. Begitulah petunjuk sunnah Rasulullah saw kepada kita semua agar sentiasa bertaubat setiap masa. Jangan dibiarkan dosa berlanjutan dan dijadikan koleksi dari semasa ke semasa kerana maut datang tanpa isyarat dan amaran. Dosa yang dibiarkan pasti akan memberi kesan buruk kepada kita di akhirat kelak.Allah SWT yang bersifat Maha Penyayang telah mensyariatkan ibadat yang menjanjikan dosa-dosa diampunkan. Antaranya ;1- BerwudukRasulullah saw bersabda : “Tidaklah salah seorang daripada kamu mendekati air wuduknya, kemudian berkumur-kumur, memasukkan air ke hidungnya lalu mengeluarkannya kembali, melainkan gugurlah dosa-dosa di (rongga) mulut dan rongga hidungnya bersama air wuduknya, kemudian (tidaklah) ia membasuh mukanya sebagaimana yang Allah perintahkan, melainkan gugurlah dosa-dosa wajahnya melalui hujung-hujung janggutnya bersama titisan air wuduk, kemudian (tidaklah) ia membasuh kedua tangannya sampai ke siku, melainkan gugurlah dosa-dosa tangannya bersama air wuduk melalui jari-jari tangannya, kemudian (tidaklah) ia menyapu kepalanya, melainkan gugur dosa-dasa kepalanya bersama air melalui hujung-hujung rambutnya, kemudian (tidaklah) ia membasuh kedua kakinya, melainkan gugur dosa-dosa kakinya bersama air melalui hujung-hujung jari kakinya.” (Imam Muslim)2. Solat fardu, solat Jumaat dan Puasa Bulan Ramadan.Rasulullah saw bersabda :"Salat lima waktu, Jumaat ke Jumaat, Ramadan ke Ramadan adalah penghapus dosa di antaranya selama dosa-dosa besar dihindari." (Imam Muslim)3. Puasa Sunat Asyura’ dan puasa sunat wukuf. Sabda Rasulullah saw yang bermaksud :“Puasa Arafah dapat menghapuskan dosa setahun yang lalu dan setahun akan datang. Puasa Asyur (10 Muharram) akan menghapuskan dosa setahun yang lalu.”( Imam Muslim )4. Tasbih, tahmid dan takbirSabda Rasulullah saw : “ Sesiapa yang menyebut setiap kali selepas solat dengan tasbih, tahmid dan takbir ( 33x) di akhiri dengan ucapan lah ila ha illa Allah….. maka diampunkan dosa-dosanya walaupun sebanyak buih di lautan. ( Imam Muslim)Para ulama’ mentafsirkan dosa-dosa yang diampunkan di atas ialah hanyalah dosa kecil sebagai mana pendapat Imam al-Nawawiy dalam kitab syarh Muslim. Dosa besar hanya diampunkan bila dilakukan taubat nasuha.Begitulah perancangan Allah yang bersifat al-Hakim ( Maha Bijaksana ) menyusun ibadat-ibadat untuk menghapuskan dosa-dosa hambaNya. Solat fardu atau puasa Ramadan yang kita lakukan dengan ikhlas akan memberi kebaikan kepada kita sendiri. Dengan kata lain Allah mewajibkan amalan-amalan tertentu bukan untuk membebankan hamba-hambaNya tetapi sebagai ujian sama ada taat atau ingkar dan untuk menyucikan rohani mereka daripada kegelapan dosa.Betapa ruginya mereka yang mengabaikan solat fardu dan puasa wajib. Tanpa mereka sedari golongan ini membuat koleksi dosa-dosanya dari semasa ke semasa. Mereka tiada peluang untuk menyucikan jiwa mereka daripada dosa. Lebih malang sekiranya mereka dijemput oleh Malakul Maut secara mengejut tanpa taubat, Na’uzubillah.Jadikanlah taubat sebagai amalan rutin seharian, pohonlah keampunan dariNya dan laksanakanlah amalan fardu sebaik-baiknya. Semua itu akan menyucikan dosa-dosa yang telah dilakukan. Jangan berputus asa dengan rahmat dan keampunan sekiranya selepas itu kembali melakukan dosa. Jangan terpedaya dengan tipu muslihat syaitan agar kita perputus asa dengan keampunan Allah SWT . Perbaharuilah taubat pada setiap waktu. Pohonlah pimpinan dan bimbingan Allah SWT agar sentiasa istiqamah dalam melakukan taubat kepadaNya.Oleh : Abu Aqil Sumber : http://pbasmkps.blogspot.com/