Ahlan wasahlan


Apa itu Nisa?
Kehidupan sebagai seorang remaja sememangnya penuh dengan dugaan dan memerlukan dahan untuk berpaut supaya tidak hanyut dibawa arus dunia.Dewasa ini,kemunculan pelbagai anasir negatif sangat membimbangkan.Lantaran itu,remaja muslimah terutamanya perlu dididik dan diterapkan dengan nilai-nilai keislaman dalam diri.Ianya perlu dipupuk sedari kecil dan proses ini perlu berterusan sehingga ke peringkat remaja.Nisa' telah ditubuhkan untuk menjadi platform membimbing anak remaja islam yang lebih berjaya di dunia dan di akhirat.Melalui platform Nisa' juga,remaja muslimah berpeluang untuk menimba pelbagai pengalaman berguna untuk panduan kehidupan serta dapat mendidik mereka menjadi insan muslimah yang sejati.Diharap usaha sebegini membuahkan hasil yang diinginikan dan diredhai Allah serta memberi impak besar dalam pembentukan remaja muslimah kini yang berwawasan tinggi.

Tuesday, April 12, 2011

makan sambil menderma

assalamualaikum, setelah lama menyepi..bukan bermakna senyap dr berjuang,tetapi moderator agak kekurangan bahan terutama dari segi gambar tentang program-program yang telah diadakan.
Alhamdulillah, pada 1/4/2011 telah diadakah satu majlis jamuan sambil menderma di perkarangan masjid sura lama, objektif utama untuk mengumpul dana. Dengan pertambahan idea untuk mengadakan program, jadi modal permualaan sebuah program itu perlulah ada..Oleh sebab itu, AJK nisa' Kawasan terutama bendahari Nisa' Kawasan mencadangkan agar program untuk mencari dana diadakan.
Menu utama laksa johor dan laksa kuah putih,menjadi rebutan para tetamu...terima kasih diucapkan kepada semua yang terlibat dalam program ini, terutama AJK masjid,AJK muslimat cawangan, unit amal kawasan dan semua yang membantu bagi menjayakan program sulung Nisa' Kawasan. Setelah selesai dolat Jumaat, para hadirin menikmati hidangan yang dsediakn sambil menghulurkan sedikit derma yang sangat kami hargai..
Semoga Nisa' Kawasan Dungun terus bersemangat untuk bekerja demi Islam..