Ahlan wasahlan


Apa itu Nisa?
Kehidupan sebagai seorang remaja sememangnya penuh dengan dugaan dan memerlukan dahan untuk berpaut supaya tidak hanyut dibawa arus dunia.Dewasa ini,kemunculan pelbagai anasir negatif sangat membimbangkan.Lantaran itu,remaja muslimah terutamanya perlu dididik dan diterapkan dengan nilai-nilai keislaman dalam diri.Ianya perlu dipupuk sedari kecil dan proses ini perlu berterusan sehingga ke peringkat remaja.Nisa' telah ditubuhkan untuk menjadi platform membimbing anak remaja islam yang lebih berjaya di dunia dan di akhirat.Melalui platform Nisa' juga,remaja muslimah berpeluang untuk menimba pelbagai pengalaman berguna untuk panduan kehidupan serta dapat mendidik mereka menjadi insan muslimah yang sejati.Diharap usaha sebegini membuahkan hasil yang diinginikan dan diredhai Allah serta memberi impak besar dalam pembentukan remaja muslimah kini yang berwawasan tinggi.

Tuesday, May 11, 2010

Suara Nisa' Negeri Terengganu






assalamualaikum...alhamdulillah,1 Mei yang lalu, Nisa' Negeri Terengganu telah berjaya menganjurkan Pertandingan Suara Nisa' Peringkat Negeri Terengganu, bertempat di Dewan Wawasan, Wisma Peladang, Kuala Terengganu.

Alhamdulillah peseta dari kawasan dungun telah berjaya menaikkan nama Nisa' dungun dengan membolot juara bagi kategori solo dan berkumpulan..Nisa' kawasan Dungun mengucapkan sekalung tahniah buat antunna..

walaupon x berlatih, tp alhamdulillah..antunna diberi kejayaan..smg berjaya untuk Pertandingan Aura Ungu pada 21 dan 22 Mei 2010 di Kompleks Budaya dan Kesenian, Shah Alam pula..

Keputusan pertandingan kategori berkumpulan;
1) Kumpulan Al-Wahida
2) Kumpulan As-Syuhada
3) Kumpulan Nurul Iman

Keputusan pertandingan kategori solo;
1) Fadilah Ramly (Dungun)
2) Ummu aiman suhaimi (Kuala Terengganu)
3) Nabilah Mohamad (Walk-In)

Tuesday, March 16, 2010

Untuk Pejuang Muslimah Dan Isteri Para Pejuang


Kutuliskan puisi ini untuk para aktifis Islam di manapun berada.
Jangan pernah meninggalkan perjuangan di jalan Allah.
Betapa seluruh hajat hidup seharusnya bertumpu pada kepentingan perjuangan di jalan Allah termasuk menikah, berkeluarga, bersuami isteri.
Inilah tren pernikahan yang seharusnya kita pertahankan. Wallahu a’lam

Buat manusia istimewa dalam hidup ini… dan juga isteri-isteri pejuang… serta bakal isteri seorang pejuang

Isteriku….
Apabila kusentuh telapak tanganmu…
Saat kuusap dan kurasakan guratannya,
Kudapatkan parutan kasar dan semakin kasar….
Dan ketika kupandangi wajahmu….
Terpancar sinar bahagia dan ketenangan walaupun kutahu…
Redup matamu menyimpan satu rintihan yang memberat….
Ketika kutersentak dari pembaringan di kala fajar kadzib menyingsing…
Aku terpana dengan munajatmu yang syahdu.

Isteriku…
Tatkala teman-temanmu tengah bersantai, happy fun….
Di keramaian dunia ciptaan mereka…
Engkau bahagia mengorbankan seluruh detik-detikmu….
Hanya untuk Islam dan keagungan muslimin…
Tatkala lengan-lengan mereka dibaluti…
Pelbagai hiasan yang indah…
Leher-leher mereka memberat dilingkari dengan kilauan emas berlian…
Pakaian-pakaian anggun bak puteri kayangan…
Wajah mereka dibaluri pelbagai warna dan jenama…
Kau umpama ladang ummah…
Kau menginfaqkan seluruh jiwa dan raga demi kebangkitan Islam…
Kau tak pernah bersungut-sungut, mengeluh, meminta-minta maupun
mengadu domba…
Tatkala mereka berlomba-lomba mengejar pangkat dan nama…
Kau sibuk menjulang nama dengan pengaduanmu di sisi yang Esa…

Isteriku….
Bukan aku tidak mampu membelikan benda dan hiasan-hiasan tersebut… Tetapi isteriku…
Aku masih ingat tatkala aku menyuntingmu untuk kujadikan isteri dan penghuni kamar hatiku….
Kau melafazkan satu tuntutan, “Saya siap mendampingi perjuangan ini bersama akhi tetapi dengan syarat…” Sambil tersenyum kau menghela nafas dalam-dalam….Aku termangu sendirian… Syarat apakah itu? Bungalow kah? Hamparan tanah berhektar-hektar kah? Mobil mewahkah? Intan berliankah? Pakaian sutera yang high class? Perabot mahal dari Itali kah?… Atau honeymoon di Paris ?..
Lama kau mengumpulkan kekuatan untuk sekedar berkata…

Akhirnya…
Arghhh… Permintaanmu itu…
Pasti ditertawakan oleh kerabat dan teman-teman kita…
Aku tergugu, haru dan bangga…
Dengan penuh keyakinan kau berkata..
“Akhi , Mampukah akhi menjadikan saya sebagai isteri yang
kedua ?….
Mampukah akhi menjadikan Islam sebagai isteri pertama yang lebih memerlukan perhatian?…
Mampukah akhi meletakkan kepentingan Islam melebihi segala-galanya termasuk urusan-urusan dunia?…
Mampukah akhi menjual diri semata-mata karena Islam?..
Mampukah akhi berkorban meninggalkan kelezatan dunia?…
Mampukah akhi menjadikan Islam laksana bara api….
Akhi perlu menggenggamnya agar bara itu terus menyala…

Mampukah akhi menjadi lilin yang rela membakar diri untuk Islam.. Bukannya seperti lampu pijar yang bisa di’on’kan bila perlu dan di’off’kan bila tidak….
Mampukah akhi mendengar hinaan yang bakal dilontarkan kepada anda karena perjuangan anda….
Dan…mampukah akhi menjadikan saya isteri seorang pejuang yang tidak dimanja dengan fatamorgana dunia?…

Aduh! Banyaknya syarat-syarat itu isteriku…
Namun aku menerima syarat-syarat tersebut karena aku tahu..
Jiwamu kosong dari syurga dunia…
Karena aku tahu kau mampu mengubah dunia ini dengan iman dan akhlakmu..
Bukannya kau yang diubah oleh dunia…

Isteriku..
Akhirnya jadilah engkau penolong setiaku sebagai nakhoda mengemudi bahtera kehidupan kita…
Susah senang kita tempuh bersama…
Aku terharu dengan segala kebaikanmu…
Kau jaga akhlakmu…
Kau pelihara maruahmu selaku muslimah…
Kau tak pernah mengeluh apabila sering ditinggalkan demi tugasku menegakkan Islam ke persada agung….
Kau jua sanggup mengekang mata menungguku sambil memberikan aku suatu senyuman terindah di ambang pintu tatkala aku pulang lewat malam…. Malah kau seringkali meniupkan semangat untuk aku terus tsabat di pentas perjuangan ini….
Kau tabur bunga-bunga jihad walaupun kita masih jauh dengan keharuman kemenangan…

Isteriku..
Tangkasnya engkau selaku isteri…
Biarpun kau jua sibuk bersama mengorbankan tenaga dalam perjuanganku ini..
Kau jaga relasi kita dengan indahnya…
Kau siraminya dengan wangian cinta dan kasih sayang….
Kau tak pernah menjadikan kesibukanmu itu untuk kau lari dari amanahmu meskipun jadualmu padat dengan agenda-agenda bersama masyarakat dan kaum sejenismu….
Cekatnya engkau mendidik anak-anak…
Kau kenalkan mereka dengan Allah, Rasul saw, para sahabat yang mulia serta para
pejuang Islam…
Kau titipkan semangat mereka sebagai generasi pelapis jundullah…
Kau asuh mereka hidup dengan Al Quran…
Malah kau temani mereka mengulangkaji pelajaran dikala menjelang imtihan…

Isteriku…
Barangkali inilah pelajaran dari ustadzah Zainab Al Ghazali…
Tangan yang mengayun buaian dapat mengguncang dunia…
Kau beri didikan dua generasi sekaligus, generasi kini dan generasi kan datang

Suaminmu dan anak-anakmu dengan MAHABBAH
Andai ibunda Khadijah Al Kubra masih ada..
Pasti beliau tersenyum bangga karena masih ada srikandi Islam…
SEPERTIMU….WAHAI ISTERIKU..

Oleh : Abi

Sumber : Liqo Tarbiyah on Line

Friday, February 26, 2010

Sunday, February 14, 2010

Kem Perkaderan Remaja Islam 2-1-


Assalamualaikum...alhamdulillah..kem perkaderan remaja islam zon A telah selamat dijalankan, dengan kehadiran peserta dari kawasan Kuala Terengganu,Marang,Dungun,Kemaman, akhirnya sejumlah peserta seramai 146 orang terdiri daripada remaja berumur 17-22tahun dapat dikumpulkan dan bersedia menerima tarbiah...
Segala pengisian daripada abang2 dan kakak2 fesi daripada skuad waja,pemuda,dan nisa', diharapkan adik-adik mendapat pengalaman dan ilmu berguna untuk menjadi panduan hidup seterusnya dalam meletakkan diri di dalam saf perjuangan.
Urusetia dan pembantu2 kerja2 islam ini bertungkus lumus menjayakan program 3 hari 2 malan yang bertempat di sek ren islam darul bayan telah membuahkan satu program yang terbaik, semoga dengan program ini apat mengumpulkan anak2 remaja yang terdiri daripada anak2 daripada jemaah PAS untuk menjadikan mereka sebagai pewaris dan pelapis serta penerus kepada perjuangan islam untuk masa akan2 datang..gambar2 program, tunggu yer untuk dikongsi bersama..salam perjuangan daripada team nisa' dungun..wassalam

Thursday, January 14, 2010

Sukaneka nisa', sempena Ops Kebal

Assalamualaikum..sekali lagi Nisa' Paka mengorak langkah bagi meneruskan kerja Islam dengan mengadakan Sukaneka Nisa' sempena Ops Kebal yang di adakan pada 9 Januari 2010, bermula dijam 9pg -12 tgh hari. Antara aktiviti yang diadakan ialah
1. mini explore race
2. jumbo sales
3. IPT exposure exhibition

yg mini explore race, ada 4 check point dan halangan yang menguji fizikal dan mental berkaitan sukan (baling gelung dlm rotan), teka-teki, kuiz, busana muslimah, jahit manik dan lain-lain, suasana meriah sukaneka nisa' meriah sbb diadakan bersama2 sukan rakyat melibatkan aktiviti untuk lelaki dan perempuan, remaja dan kanak2, juga bersama aktvt pemuda yang dimeriahkan dgn acara kemuncak konvoi motosikal berkuasa besar.

Semoga dengan program-program seperti ini, dpt mengeratkan lagi hubungan antara masyarakat dengan Nisa' insyaAllah dan tujuan utama iaitu membawa kepada misi dakwah, insyaAllah

Tuesday, January 5, 2010

Jadikan Taubat Sebagai Satu Amalan

Kenangkan dosa hari ini, dosa semalam dan hari-hari yang telah berlalu kita lakukan. Alangkah banyaknya…sehingga tidak terhitung. Namun demikian Allah al-Rahman tidak pernah menarik balik nikmat penglihatan, pendengaran dan percakapan yang telah melakukan dosa. Malah Allah al-Rahim sentiasa menutup keaiban dan kekurangan diri kita daripada diketahui oleh orang lain.Setiap insan tidak dapat lari daripada melakukan dosa dalam menjalani kehidupan seharian. Amat banyak pendurhakaan kepada Allah yang telah kita lakukan sejak baligh hingga ke saat ini. Inilah kelemahan insan yang tidak dapat dinafikan. Firman Allah SWT yang bermaksud :“Manusia itu diciptakan dalam keadaan lemah.” (Surah al-Nisa’:ayat 28)Sabda Rasulullah saw yang bermaksud :“Setiap anak adam sering melakukan kesalahan dan sebaik-baik yang melakukan kesalahan ialah mereka yang sentiasa bertaubat”. ( Ibn Majah )Sesiapa yang mengatakan bahawa dia tidak mempunyai dosa sebenarnya dia telah melakukan dosa dengan ucapan sedemikian. Firman Allah SWT yang bermaksud :“Maka janganlah kamu menganggap diri kamu suci. Dan dialah yang Maha Mengetahui siapa yang bertakwa”. ( Surah al-Najm : 32 ) Agama kita memperuntukkan satu amal soleh yang boleh menghapuskan segala dosa yang dilakukan iaitu taubat sebagai mengimbangi kelemahan manusia ini. Allah SWT yang bersifat dengan sifat al-Tawwab ( Maha Penerima Taubat) dan al-Ghafur ( Maha Pengampun) tidak akan membiarkan kelemahan hambanya ini dengan begitu sahaja. Dalam al-Quran bayak dijelaskan keutamaan, dorongan dan perintah agar kita sentiasa bertaubat.Maksud firman Allah SWT :“Dan bertaubatlah kamu semua wahai orang-orang yang beriman supaya kamu memperolehi keuntungan.” (Surah al-Nur: 31) Maksud Firman Allah SWT :Dan bersegeralah menuju kepada keampunan dari Tuhan kamu dan kepada syurga yang seluas langit dan bumi, disediakan untuk orang-orang yang bertakwa. ( Surah Ali Imran :133)Allah SWT juga berfirman:"Dan dirikanlah shalat itu pada kedua tepi siang (pagi dan petang) dan pada bahagian permulaan daripada malam. Sesungguhnya amalan-amalan yang baik itu menghapuskan (dosa) perbuatan-perbuatan yang buruk. Itulah peringatan bagi orang-orang yang ingat." ( Surah Hud: 114). Hadis-hadis Nabi saw juga banyak yang menyebut tentang kelebihan dan tuntutan taubat, antaranya ialah ;Dari Nabi saw bersabda bahawa Allah berfirman ( hadis qudsi ) :"Wahai hamba-hambaKu, sesungguhnya kamu melakukan kesalahan siang dan malam dan Aku mengampuni semua dosa, oleh itu pohonlah keampunan kepadaKu, nescaya Aku mengampuni kamu." (Imam Muslim). Sabda Nabi saw :“Sesungguhnya Allah SWT sangat gembira dengan taubat hambaNya melebihi kegembiraan salah seorang di antara kamu yang kehilangan untanya di padang pasir kemudian menemukannya kembali”. ( Imam Muslim) Dalam sabdanya yang lain, Rasulullah mengatakan:“Sesungguhnya Allah membentangkan tanganNya pada malam hari untuk menerima taubat orang yang berbuat kejahatan pada siang hari, dan Allah membentangkan tangan-Nya pada siang hari untuk menerima taubat orang yang berbuat kejahatan pada malam hari, sampai matahari terbit dari barat.” (Imam Muslim )Rasulullah saw yang terpelihara daripada dosa dan diutuskan agar menjadi contoh kepada sekalian manusia juga memohon keampunan kepada Allah sebanyak seratus kali dalam sehari sebagai mana hadis yang diriwayatkan oleh Imam Muslim. Begitulah petunjuk sunnah Rasulullah saw kepada kita semua agar sentiasa bertaubat setiap masa. Jangan dibiarkan dosa berlanjutan dan dijadikan koleksi dari semasa ke semasa kerana maut datang tanpa isyarat dan amaran. Dosa yang dibiarkan pasti akan memberi kesan buruk kepada kita di akhirat kelak.Allah SWT yang bersifat Maha Penyayang telah mensyariatkan ibadat yang menjanjikan dosa-dosa diampunkan. Antaranya ;1- BerwudukRasulullah saw bersabda : “Tidaklah salah seorang daripada kamu mendekati air wuduknya, kemudian berkumur-kumur, memasukkan air ke hidungnya lalu mengeluarkannya kembali, melainkan gugurlah dosa-dosa di (rongga) mulut dan rongga hidungnya bersama air wuduknya, kemudian (tidaklah) ia membasuh mukanya sebagaimana yang Allah perintahkan, melainkan gugurlah dosa-dosa wajahnya melalui hujung-hujung janggutnya bersama titisan air wuduk, kemudian (tidaklah) ia membasuh kedua tangannya sampai ke siku, melainkan gugurlah dosa-dosa tangannya bersama air wuduk melalui jari-jari tangannya, kemudian (tidaklah) ia menyapu kepalanya, melainkan gugur dosa-dasa kepalanya bersama air melalui hujung-hujung rambutnya, kemudian (tidaklah) ia membasuh kedua kakinya, melainkan gugur dosa-dosa kakinya bersama air melalui hujung-hujung jari kakinya.” (Imam Muslim)2. Solat fardu, solat Jumaat dan Puasa Bulan Ramadan.Rasulullah saw bersabda :"Salat lima waktu, Jumaat ke Jumaat, Ramadan ke Ramadan adalah penghapus dosa di antaranya selama dosa-dosa besar dihindari." (Imam Muslim)3. Puasa Sunat Asyura’ dan puasa sunat wukuf. Sabda Rasulullah saw yang bermaksud :“Puasa Arafah dapat menghapuskan dosa setahun yang lalu dan setahun akan datang. Puasa Asyur (10 Muharram) akan menghapuskan dosa setahun yang lalu.”( Imam Muslim )4. Tasbih, tahmid dan takbirSabda Rasulullah saw : “ Sesiapa yang menyebut setiap kali selepas solat dengan tasbih, tahmid dan takbir ( 33x) di akhiri dengan ucapan lah ila ha illa Allah….. maka diampunkan dosa-dosanya walaupun sebanyak buih di lautan. ( Imam Muslim)Para ulama’ mentafsirkan dosa-dosa yang diampunkan di atas ialah hanyalah dosa kecil sebagai mana pendapat Imam al-Nawawiy dalam kitab syarh Muslim. Dosa besar hanya diampunkan bila dilakukan taubat nasuha.Begitulah perancangan Allah yang bersifat al-Hakim ( Maha Bijaksana ) menyusun ibadat-ibadat untuk menghapuskan dosa-dosa hambaNya. Solat fardu atau puasa Ramadan yang kita lakukan dengan ikhlas akan memberi kebaikan kepada kita sendiri. Dengan kata lain Allah mewajibkan amalan-amalan tertentu bukan untuk membebankan hamba-hambaNya tetapi sebagai ujian sama ada taat atau ingkar dan untuk menyucikan rohani mereka daripada kegelapan dosa.Betapa ruginya mereka yang mengabaikan solat fardu dan puasa wajib. Tanpa mereka sedari golongan ini membuat koleksi dosa-dosanya dari semasa ke semasa. Mereka tiada peluang untuk menyucikan jiwa mereka daripada dosa. Lebih malang sekiranya mereka dijemput oleh Malakul Maut secara mengejut tanpa taubat, Na’uzubillah.Jadikanlah taubat sebagai amalan rutin seharian, pohonlah keampunan dariNya dan laksanakanlah amalan fardu sebaik-baiknya. Semua itu akan menyucikan dosa-dosa yang telah dilakukan. Jangan berputus asa dengan rahmat dan keampunan sekiranya selepas itu kembali melakukan dosa. Jangan terpedaya dengan tipu muslihat syaitan agar kita perputus asa dengan keampunan Allah SWT . Perbaharuilah taubat pada setiap waktu. Pohonlah pimpinan dan bimbingan Allah SWT agar sentiasa istiqamah dalam melakukan taubat kepadaNya.Oleh : Abu Aqil Sumber : http://pbasmkps.blogspot.com/

Tuesday, December 22, 2009

Ukhuwwah Bertaut Mahabbah Bersimpul

Assalamualaikum, tahniah diucapkan kepada Nisa’ DUN Paka kerana telah menganjurkan satu program khusus untuk remaja selama 2hari 1malam pada 3-4 Disember 2009 di Homestay Rose. Program yang bertemakan ‘Ukhuwwah Bertaut Mahabbah Bersimpul’ dihadiri oleh 62 orang remaja dari sekitar cawangan-cawangan dalam DUN Paka. Objektif program adalah seperti berikut:-
i- Menjalinkan ukhuwwah antara Nisa' Dun Paka dengan remaja-remaja sekitarnya
ii- Membentuk rangkaian usrah Nisa' Cawangan
iii- Menerapkan asas spiritual ke dalam jiwa remajaiv- Memenuhi aktiviti remaja sempena cuti sekolah

Sasaran peserta antara 13tahun-17tahun diisi dengan slot yang menarik, antara slot itu ialah kuliah yang bertajuk 1) maaza ya'ni intimae lil islam (Aqidah) dan 2) Syabab: cabaran & realiti, terdapat juga modul taaruf dan rohani, lain-lain diisi dengan solat berjemaah, tadarus yaasin, al-mulk, ma'thurat sughra, rugi sape x join tau..

Program tamat jam 11.30pg, dan perasmian penutup dirasmikan oleh puan Khairiah Mokti, Ketua Muslimat Kawasan Dungun.
Diharapkan semua dun dalam kawasan Dungun menpergiat lagi aktiviti di dun masing-masing bagi merealisasikan objektif Nisa' mendekati semua rejama muslimah kita

Friday, December 18, 2009

Kem Remaja Nisa' 09, berlabuh tirainya

Assalamualaikum...buat semua an-nisa'ku tersayang...semoga kalian berada dalam payungan rahmat Allah...kali ni nak cite pasai ape yer...
Dengan jutaan kesyukuran..Allah melancarkan program KEM REMAJA NISA' 09...dengan segala kudrat yang dicurahkan oleh ajk dan juga fesi...ia terlaksana dengan jayanya...segala kekurangan, kami akan postmortem dan baiki dari semasa ke semasa..Jasa tuan puan yang menjayakan program ini hanya mampu dibayar dengan pahala yang cukup besar oleh Allah...syukran3x
Program dijalankan selama 2hari 1malam,di D'teratai Beach Resort,kedatangan seramai 167 orang peserta cukupmembuatkan kami teruja...alhamdulillah..adik-adik an-nisa' makin bersemangat...
Aktiviti yang dijalankan...dimulai dengan ice braking,dua sesi kuliah iaitu, HAID&ISTIHADHAH dan SOLAT&WUDHU',yang disampaikan oleh perceramah yang cukup berpengalaman,diikuti dengan kembara rohani, kuliah magrib disampaikan dalam bentuk yang cukup menarik,malam kesenian,hak ni,adik2 sangat hebat,bagi sejam stengah untuk prepare, tp persembahan boleh kalahkan AF..hehe,nnti kite bukak AN plak ok...
keesokan harinya, qiamullail yang disajikan dengan pengisian rohani yang cukup padat dengan matlamat dan objektifnya, seterusnya sukan yang cukup ceria, xde main2 gune alat permainan, tp buatkan adik2 sukan dengan ceria, yang penting,sukan ni adik-adik nampak hepi sangat dan kurangkan stress yang ade, org x cukup tido..mklumla..Kuliah kedua,tentang SOLAT&WUDHU', then, bengkel solat yang agak singkat,maaf...pihak penganjur terpaksa kejar masa kerana pada asalnya chalet tu nk diguna orang, tp last minute x jadi..tp alhamdulillah, banyak perkara baru yang adik-adik dapat dari semua slot kan...

terima kasih kerana sudi menulis warkah buat NISA',kami dengan hati yang terbuka menerima kriktikan yang membina dari adik2..sume nk prgrm buat seminggu...ye ke..hehe...alhamdulillah..kite akan cube laksanakan untuk program akan datang,insyaAllah, yang cukup mengahrukan kata2 berharga dari adik-adik tersayang....I LOVE NISA':-)

Diharapkan adik-adik dapat manfaat dari program ni walopun skejap je, bawak balik mutiara ilmu yang dapat dan kongsi dengan keluarga serta amalkan bersama..ok...jmpa lagi pada masa datang...NISA' LOVE nisa':-)










Saturday, December 12, 2009

Friday, December 11, 2009

Nisa' Indor Games Terlaksana



Assalamualaikum..dengan izin Allah, tamatlah sudah Nisa' Indoor Games Kawasan Dungun, yang dijalan di Dewan Pasti Gong Pasir, sebanyak 6 permainan telah dijalankan, iaitu, ceper,batu seremban, dart, snake ladder, congkak, carrom..semoga ukhwah kite berkekalan buat peserta2 dan ajk...seramai 56 orang menyertai program kali ni,

Bermula dengan pendaftaran jam 8pg, ade sedikit nyanyian lagu tema, Demi matahari..adik2 sungguh bersemangat..dpt makan tengah hari dalam talam..syokkan sume, solat zohor berjemaah, then bg hadiah..ermm sape dpt hadiah..thniah..yang x dpt..usha lg..join lg akan dtg..

terima kasih buat ajk yang bertungkus lumus menjayakan prgramni...dan terima kasih kepada adik-adik peserta kerana sudi hadir..kiter berjumpa dalam prgrm seterusnya,insyaAllah..Kem Remaja Nisa' 17 n 18 hb 12 ok..insyaAllah..salam ukhwah dr team it nisa'...