Ahlan wasahlan


Apa itu Nisa?
Kehidupan sebagai seorang remaja sememangnya penuh dengan dugaan dan memerlukan dahan untuk berpaut supaya tidak hanyut dibawa arus dunia.Dewasa ini,kemunculan pelbagai anasir negatif sangat membimbangkan.Lantaran itu,remaja muslimah terutamanya perlu dididik dan diterapkan dengan nilai-nilai keislaman dalam diri.Ianya perlu dipupuk sedari kecil dan proses ini perlu berterusan sehingga ke peringkat remaja.Nisa' telah ditubuhkan untuk menjadi platform membimbing anak remaja islam yang lebih berjaya di dunia dan di akhirat.Melalui platform Nisa' juga,remaja muslimah berpeluang untuk menimba pelbagai pengalaman berguna untuk panduan kehidupan serta dapat mendidik mereka menjadi insan muslimah yang sejati.Diharap usaha sebegini membuahkan hasil yang diinginikan dan diredhai Allah serta memberi impak besar dalam pembentukan remaja muslimah kini yang berwawasan tinggi.

Sunday, May 24, 2009

program yang akn datang

Assalamualaikum dan salam ukhwah...baru-baru ini nisa' kawasan dungun telah merangka 1 aktiviti untuk ahli-ahli lama dan ahli-ahli baru nisa' kawasan dungun..program ini dinamakan Program Mawaddah(Nisa' Members Meeting)...program ini akan diadakan pada 30 MEI 2009 bertempat di Dewan Perpustakaan Awam Dungun...tema bagi program ini adalah Kasih Dipupuk Ukhuwwah Bertaut...objektif program ini adalah untuk mengeratkan ukhwah antara ahli-ahli Nisa' Kawasan Dungun di samping memperkenalkan Nisa' kepada ahli-ahli baru...sasaran bagi program ini adalah ahli Nisa' Kawasan Dungun dan juga Remaja Muslimat berusia 13-40 tahun.

Untuk makluman lebih lanjut sila hubungi Kak Ti,Ketua Nisa' Kawasan Dungun 013-9377070

No comments:

Post a Comment